AGRO2KAY

AGRO2KAY
Organi Fertilizer BioActive

RUMUSAN


5.0 RUMUSAN KAMI

5.1 Keadaan kawasan sebelum pembajaan dengan AGRO2KAY:

5.1.1 Tanah laterit berbatu dan keras

5.1.2 Pembajaan dengan baja kimia yang berterusan

5.1.3 Pertumbuhan daun, akar dan pokok yang terbatas

5.1.4 Bilangan bunga yang tidak menjadi buah

5.1.5 Hasil yang rendah, dll.

Pemeriksaan secara visual menunjukkan bahawa dengan keadaan tanah yang keras dan berbatu baja kimia tidak dapat menghalang pertumbuhan yang terencat dan hasil yang rendah. Penggunaan baja kimia secara berlebihan dan berterusan sepanjang 7 tahun tidak dapat menyuburkan tanah kerana tanah diandaikan sebagai kotak hitam – apa yang berlaku di dalam tanah diabaikan. Pengurusan agronomi memerlukan pendekatan yang lebih menghampiri proses semula jadi yang menjadi asas baja bioorganik AGRO2KAY.



5.2 AGRO2KAY mendahulukan ekosistem tanah yang genting dan kompleks. Keunggulan kuasa pelbagai mikroorganisma AGRO2KAY yang disuntik dengan kuantiti yang kecil kepada tanah telah terbukti dengan jelas. Analisis tanah dan daun telah menunjukkan AGRO2KAY telah berjaya meningkatkan pH dan KPK tanah, unsur-unsur makro, mikro dan surih serta kandungan karbon dan jirim organik di dalam tanah sehingga menyokong kecergasan pertumbuhan pokok dan penambahan daun serta pembentukan buah. Peningkatan di dalam semua aspek yang begitu ketara ini telah dicapai dengan AGRO2KAY di dalam tempoh yang singkat dan tidak dapat diperolehi melalui pembajaan dengan baja kimia sepanjang 7 tahun semenjak ditanam.

Pembajaan dengan baja kimia dengan kandungan unsur-unsur bukan organik yang tinggi tidak mampu menyuburkan tanah seperti yang diperolehi dengan baja bioorganik AGRO2KAY. Malah dengan kuantiti yang banyak (7.5 kg sepokok setahun atau lebih) hidupan tanah telah terganggu dan akar/tanaman mengalami tekanan atau “stress” tambahan kepada keadaan tanah laterit yang sudah tidak baik. Jirim organan tanah tidak mungkin dapat bertambah.

5.3 Melalui suntikan AGRO2KAY setiap 2 - 3 bulan itu mikroorganisma tanah yang berfaedah telah berjaya diaktifkan. Hasilnya terwujudlah Jaringan Makanan Tanah serta aktiviti- aktiviti berrangkai diantara pelbagai organisma tanah yang tolong menolong dengan perhubungan bersinergi serta simbiosis. pH, KPK dan kandungan jirim organan tanah meningkat selari dengan aktiviti pelbagai mikrob dengan kiraan bakteria (bacterial count) yang tinggi. Struktur tanah bertambah baik untuk meningkatkan kandungan air dan peredaran udara di dalamnya. Akar rerambut bertambah dan menyerap lebih banyak nutrien yang tersedia untuk keperluan tanaman. Ekoran daripada itu antibiotik, fitohormon dan enzim juga dihasilkan yang amat diperlukan untuk memperolehi tanah yang subur dan sihat serta pertumbuhan yang cergas dan hasil yang tinggi. Ketersediaan nutrien makro dan mikro serta unsur surih di dalam tanah semua dapat ditingkatkan.

5.4 AGRO2KAY berupaya dengan mudah dan pantas merawat dan menyuburkan tanah secara semula jadi. Dengan AGRO2KAY tanah dengan kesan tidak baik daripada penggunaan baja kimia yang berlebihan dapat dipulih dan dielakkan – seperti



kekurangan air, udara, jirim organik, mikroflora yang tidak aktif dan seimbang, pH dan KPK yang rendah, dll., – iaitu tanah yang lemah dan tidak sihat.

5.5 Petunjuk-petunjuk yang telah diperolehi daripada kajian makmal dan pemeriksaan secara visual ini sekurang-kurangnya mengesahkan faedah-faedah yang telah diperolehi oleh pengguna AGRO2KAY sepanjang tempoh hampir 10 tahun yang lalu tanpa sebarang kesan negatif – satu keajaiban daripada mikroflora yang aktif serta seimbang dan jaringan makanan tanah yang mampu membekal nutrien makro dan mikro semula jadi (bukan bahan kimia sintetik!) serta pelbagai fitohormon, enzim, antibioitik dan unsur-unsur surih yang penting bagi tanah dan tanaman. Mikrob tanah yang aktif akan dapat menyahkan bahan-bahan toksik hasil daripada sisa pereputan anaerobik dan patogen, seperti Ganoderma. Semua ini diperolehi dengan suntikan hanya 67 ml AGRO2KAY pada tanah sekeliling setiap pokok setiap 2 bulan berbanding dengan 2 kg baja kimia setiap pokok setiap 3 bulan tanpa mencapai apa yang boleh diperolehi dengan AGRO2KAY. Ketidakupayaan baja kimia mengawal serangan penyakit Ganoderma telah terbukti di Ladang Risda Palong kerana kesan penyakit bawaan tanah ini mudah dilihat – pelepah daun-daun tuan terkulai, pangkal batang yang reput, hasil yang rendah (Sila lihat Laporan Kawalan Ganoderma Dengan AGRO2KAY). Penyakit Ganoderma ini perlu diberi perhatian yang serius dan segera kerana kesannya amat menakutkan setiap penanam sawit.

5.6 Kos pembajaan dengan AGRO2KAY pula sangat rendah berbanding dengan baja-baja kimia. Kos pembajaan dapat dikurangkan sebanyak sekitar RM500 hingga RM1,000 sehektar setahun.

5.7 AGRO2KAY berupaya menyediakan persekitaran fizik, kimia dan biology yang optimum di dalam tanah sehingga proses anaerobik berada pada tahap yang minimum di mana pengeluaran N2O boleh dikurangkan. Dengan terbentuknya jirim organik yang banyak maka pengsekuesteran C juga boleh dimaksimumkan. Oleh itu AGRO2KAY adalah amat berguna untuk mengatasi masalah GHG yang bakal mengancam eksport sawit ke Eropah. Penggunaan baja kimia secara berlebihan dan berterusan akan memburukkan lagi masalah dengan pemanasan global dan alam sekitar.

Dengan AGRO2KAY tidak lagi diperlu penggunaan urea atau baja


nitrat kerana mikrob di dalam AGRO2KAY dapat merangsang pembiakan N-fixing bacteria dan organisma-organisma lain secukupnya. Aktiviti-aktiviti seluruh organisma tanah, seperti pesaing (competitor), pemangsa (predator) dan pengurai (decomposer) menghasilkan kesemua makro dan mikronutrien untuk tanaman secara semula jadi dan mapan.

5.8 AGRO2KAY amat mesra pengguna. Penghasilannya adalah daripada daripada hidupan laut dan darat sahaja dan mudah diperolehi serta dibaharui. Proses pengeluarannya adalah pada tekanan atmosfera dan suhu ambien sahaja.

Sebaliknya, pengeluaran baja-baja kimia adalah daripada tenaga- tenaga fosil yang tidak kekal, tidak boleh dibaharui dan memerlukan tenaga yang tinggi, contohnya pengeluaran urea adalah daripada gas asli dan melibatkan tekanan 450 psi dan
500oC. Apabila digunakan baja-baja kimia, seperti nitrat dan urea, adalah sumber emisi GHG, seperti CO2 dan N2O, yang sangat merbahaya dan perlu dikurang atau dikawalkan.

5.9 Apabila kebaikan AGRO2KAY jauh melebihi di dalam pelbagai aspek daripada apa yang diperolehi dengan pembajaan kimia yang berlebihan dari segi penjimatan kos pembajaan dan pengeluaran yang signifikan, pertumbuhan tanaman, lonjakan hasil dan pendapatan bersih, petani harus berani dan pantas berubah ke arah pertanian mapan serta mesra alam melalui Baja Bioorganik AGRO2KAY ini.

Industri sawit dan negara akan mendapat manfaat yang banyak kerana AGRO2KAY, yang telah membantu ratusan pekebun kecil dan petani pelbagai tanaman semenjak hampir 10 tahun yang lalu. Jika AGRO2KAY dengan kuasa mikroorganisma yang menakjubkan ini digunakan secara meluas:

• Hasil sawit negara dapat di gandakan
• Pendapatan dapat ditingkatkan dengan ketara
• Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan
• Pertanian mapan boleh dicapai.

AGRO2KAY benar-benar berupaya mencetus ANJAKAN PARADIGMA.































LAMPIRAN IC: PERBANDINGAN pH dan CEC / KPK TANAH BERBAJA

AGRO2KAY DAN RISDA

PERBANDINGAN pH

6

TANAH PERBANDINGAN CEC / KPK
TANAH





















%
Moisture
pH ppm Nisbah
C/N
O.C Total N S
AGRO2KAY 18 5.0 1.41 0.10 0.07 13
Tahap T R
KAWALAN 14.8 4.2 0.92 0.10 0.06 9
Tahap S R

Nota: R = Rendah, HR = Hampir Sederhana, T = Tinggi

meq/100g
K Ca Mg Na CEC

AGRO2KAY
0.68
1.42
0.77
0.14
45.8

Tahap
JBM
M
L
VH

KAWALAN
0.32
0.44
0.21
0.08
10.2

Tahap
L
VL
VL
L


Nota: VL = Very Low,


L = Low, JBM = Just Below Medium,

M = Medium, VH = Very High



LAMPIRAN ID: PERBANDINGAN KANDUNGAN MAKRONUTRIEN DI DALAM TANAH BERBAJA AGRO2KAY DAN RISDA 6































































Rendah HS = Hampir Sederhana S = Sederhana



LAMPIRAN IE: PERBANDINGAN KANDUNGAN MIKRONUTRIEN DI DALAM TANAH BERBAJA AGRO2KAY DAN KAWALAN (RISDA 6)






































ppm

B
Cu
Mn
Zn

AGRO2KAY
0.24
0.47
1.5
0.15

Tahap
O
O

KAWALAN
0.16
0.41
0.43
0.05

Tahap
O
R

Nota: SR= Sangat Rendah, R = Rendah, S = Sederhana, O = Optima



LAMPIRAN IF: PERBANDINGAN KANDUNGAN NUTRIEN-NUTRIEN DI DALAM DAUN BERBAJA AGRO2KAY DAN KAWALAN




PERBANDINGAN KANDUNGAN

PERBANDINGAN

KANDUNGAN

NPK DI DALAM DAUN

B dan Zn DI DALAM DAUN


























%
N P K S Ca Mg


AGRO2KAY


2.66 0.148 0.96 0.3 0.68 0.36


Tahap


O S R / S O T


KAWALAN


2.22 0.142 0.88 0.43 0.74 0.37


Tahap





AGRO2KAY Tahap KAWALAN
Tahap


SR R R O T

ppm

B Fe Cu Mn Zn

14 133 2 304 12

O R O

13 140 4 263 6

O S R


Nota: SR= Sangat Rendah, R = Rendah, S = Sederhana, O = Optima
Nota: RISDA 6 (12/8/20/2.7+0.5B)



LAMPIRAN IG:
CONTOH PERUBAHAN DENGAN AGRO2KAY PADA POKOK


SEBELUM: Pokok yang telah berusia 7 tahun ini dibaja dengan Baja 7.5 kg RISDA 6 sepokok setahun:
• pH tanah = 4.2 – rendah
• KPK 10.2 meq/100g – rendah
• Aktiviti, populasi dan biodiversiti mikroorganisma tanah rendah
• Ketersediaan nutrien rendah dan tidak seimbang
• Pembentukan akar yang lemah
• Pokok ini bersaiz kecil seperti yang lain
• Ada yang TIDAK berbuah semenjak beberapa tahun
• Bunga jantan wujud, tetapi banyak tidak menjadi buah – masalah nutrien-nutrien tidak mencukupi dan seimbang.
• Batang pokok tirus ke atas.


SELEPAS: Selepas semburan dengan Pakej Baja AGRO2KAY pada kadar 400 ml sepokok setahun:
• pH tanah = 5 – lebih tinggi
• KPK = 45.8 meq/100g - tinggi
• Aktiviti, populasi dan biodiversiti mikroorganisma tanah meningkat
• Ketersediaan semua nutrien tinggi dan seimbang
• Pokok bertambah subur
• Daun2 baru bertambah panjang
• Daun-daun pada paras bawah membuka
• Bilangan tandan meningkat
• Banyak bunga sudah menjadi buah – bekalan makro dan mikronutrien kini ada (Hukum Minima Liebig).
• Ketirusan batang berkurangan.




















SEBELUM SEMBURAN AGRO2KAY –


SELEPAS SEMBURAN AGRO2KAY

DENGAN RIS A 6



LAMPIRAN

Penghasilan BTS Di Ladang RISDA Palong (P19:1/4) – Kawasan Plot Percubaan AGRO2KAY
























Jumlah


Bilangan pokok= Bagi tempoh:
Jumlah hasil, tan

300 Jumlah kawasan, hek = 2.25

Hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember, tan Peningkatan hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember Nota- Program pembajaan dengan Baja RISDA 6:
Lokasi: Blok P19 ditanam pada tahun 2003
Jenis baja: RISDA 6 (12/8/20/2.7+0.5B)
Kekerapan pembajaan: 2.5 kg sepokok, 3 kali setahun
a) Jumlah kuantiti baja RISDA 6 sepokok setahun, kg 7.5 kg
b)
c) Jika diandaikan kos semasa baja RISDA 6 sekilo
Kos baja untuk sepokok setahun RM2.38
RM17.85
d) Kos baja untuk sehektar setahun RM2,410
Sebagai perbandingan:
a1) Kuantiti baja AGRO2KAY sepokok setahun, ml b1) Kos semasa AGRO2KAY seliter
c1) Kos baja AGRO2KAY sepokok setahun
c2) Kos baja tambahan (2 kg Aminocake + 1 kg NPK) sepokok setahun c3) Jumlah kos baja sepopkok setahun
d1) Kos baja pakej AGRO2KAY untuk sehektar setahun
Penjimatan kos pembajaan sehektar setahun
Peningkatan hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember =


Read more...

Kelebihan AGRO2KAY

AGRO2KAY sejenis BAJA ORGANIK yang Mempuyai fungsi BIO AKTIF dimana terdapat fungsi bakteria yang aktif sesuai untuk sistem pemakanan tanaman yang lengkap dan seimbang sesuai untuk tanaman SAWIT, GETAH, PADI, BUAH-BUAHAN dan lain-lain. Mesra alam dan dengan mudah dapat benar-benar menyuburkan tanah dan tanaman secara semulajadi. mengandungi berbagai jenis “effective microorganism” (EM) (terbentuk melalui penapaian bahan-bahan terpilih), terutama

– Bakteria fotosintetik bertanggungjawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh tumbuhan.

– Actinomycetes wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan bahan antikuman.

– Yis/Ragi membentuk antibiotik, hormon dan enzim untuk tanaman.
– Bakteria asid laktik berfungsi untuk mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik serta menekan pertumbuhan patogen dan mengurangkan populasinya.

– Kulat penapaian mengurai bahan-bahan organik.
menggalak pengaruh baik setiap mikroorganisma sehingga berlipat ganda secara sinergik.menggalak pembiakan makhluk berfaedah setempat yang tersedia ada di dalam tanah, seperti arthropod, protozoa, dll.mengandungi zat-zat nutrient makro dan mikro yang di tambah oleh makhluk-makhluk, seperti arthropod, protozoa, dll. selagi dibekalkan bacteria untuk makanan. mengandungi EM yang membantu meningkat komposisi humus.

Faedah

Kelebuihan1.Menyuburkan tanah secara semulajadi melalui peranan seimbang dan berbagai mikroorganisma yang berfaedah dan membentuk komuniti microflora yang cergas dan sihat
Membekal SEMUA nutrien makro dan mikro, dll. dan bahan-bahan bioaktif (hormon dan antibiotik) kepada tanaman secara semulajadi dan berterusan – tanaman cergas dan berimiun yang tinggi dan mencegah penyakit.

Mengurangkan keperluan penggunaan baja kimia dan racun serangga yang merosakkan ecosistem tanah dan boleh menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar dan kesihatan manusia dan haiwan .

BORANG PESANAN

BORANG PESANAN

Name Penuh *

First

Last
Sila Isikan Nama Penuh Butiran yang Tidak Lengkap tidak di layan.Semua Maklumat adalah dirahsiakan
ALAMAT RUMAH *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Alamat Rumah atau Pejabat atau surat menyurat yang hendak di hantar
ALAMAT LADANG/KEBUN *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Alamat Kebun atau Ladang yang sedang di ushakan.Sekiranya sama alamat di atas sila masukan sekali lagi.
Email
Sila nyatakan e-mail sekiranya ada sekiranya tiada boleh isikan no Telepon
Phone Number *

###
-
###
-
####
Masukan No Telepon untuk di hubungi
Membuat Pesanan *
 Ingin Mencuba Agro2kay 
 Ingin Membeli Agro2kay 
 Ingin mendapat Maklumat Lanjut Agro2kay 
Harga setiap Liter Agro2kay ialah Rm30.00.Harga melebihi 10 Liter akan di tawarkan Discount.Sila nyatakan kuantiti pesanan
 Satu Liter Harga Rm 30.00 Tidak Termasuk Kos Penghantaran 
 Empat Liter (Four Liter) RM 120.00 Termasuk Kos Penghantaran 
 Sepuluh Liter (Ten Liter) RM 260.00 Termasuk Kos Penghantaran 
Sila tandakan kuantiti pesanan
Pesan atau kommen /Pertanyaan dari Penguna
Sila Hubungi melalui HP atau SMS Pengedar/Agent : 0196531258 Setelah mengisi borang ini.Atau email : agro2kays@gmail.com
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms Builder
Report Abuse

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP