AGRO2KAY

AGRO2KAY
Organi Fertilizer BioActive

APA ITU AGRO2KAY

AGRO2KAY adalah sistem pembajaan bioorganik yang berasaskan Teknolog Hijau untuk menyihatkan tanah: TANAH SIHAT, TANAMAN SIHAT. Ia melibatkan kombinasi 2 jenis baja, iaitu:

i. AGRO2KAY : Baja Cecair Bioorganik
ii. AMINOCAKE: Baja Pepejal Kompos Bioorganik
yang berupaya menyuburkan tanah secara pertanian ekologi, iaitu pertanian
yang disokong oleh hubungan hidupan dan persekitaran serta tunduk kepada
LAW OF RETURN, ke arah mencapai tanah dan tanaman yang sihat, hasil yang tinggi dan pertanian mapan. Oleh itu, AGRO2KAY amat
sesuai untuk pengeluaran tanaman organik, seperti SAWIT ORGANIK.

AGRO2KAY juga bertujuan untuk pertanian konvensional atau separa organik, terutamanya bagi sawit dengan penggunaan kombinasi baja ketiga bersama–sama dengan kedua-dua baja di atas, iaitu:
iii. Baja Kimia Tak Organik: NPK, dengan kuantiti yang minima. Ketiga-tiga jenis baja ini, iaitu, i) baja bioorganik cecair, ii) baja
biokompos bioorganik dan iii) baja tak organik (kimia), mempunyai
fungsi dan kelebihan masing-masing tetapi melalui kombinasi, berperanan secara sinergi membantu untuk membekalkan nutrien kepada tanaman dengan lebih efisyen. Ia telah terbukti dengan jelas amat berkesan dan menguntungkan pengguna dan negara.

Terkandung di dalam BAJA BIOORGANIK AGRO2KAY adalah kumpulan-kumpulan mikroorganisma berfaedah, terutamanya mikrob fotosintetik dan asid laktik, actinomycetes, yis, kulat, dll. Ujian oleh MARDI mengesahkan kewujudan beberapa kumpulan mikroorganisma:

Media agar No. of colonies
Nutrition agar (bacteria) 6
Potato Dextrose agar (fungus) 2
Starch Casien agar (Actinomycetes) 3
Total Microbial count:

Bacterial count 4.9 x 10 7
Actinomycetes count 9 x 10 6


LAMPIRAN I adalah analisis nutrien ke atas AGRO2KAY.


Kumpulan-kumpulan mikroorganisma ini berupaya secara semula jadi membantu, antara lain:

1. Meningkatkan serta mengawal populasi dan biodiversiti mikrobiologi persekitaran, terutama di rizosfera, ke arah tanah yang benar-benar subur dan sihat untuk memperolehi pertumbuhan tanaman yang cergas dan hasil yang tinggi;
2. Mengaktifkan Jaringan Makanan Tanah yang terdiri daripada bakteria, protozoa (ciliates, amoebae, flagellates), nematod, artropod, cacing, serangga, dll. di dalam paras trofik masing- masing semuanya berperanan di dalam ekosistem yang kompleks untuk menyuburkan tanah dengan pengaruh biotik dan abiotik;
3. Mengitarkan semua nutrien daripada bahan dan jirim organik dan tak organik (“Law of Return” dan “Cycle of Life”);
4. Meningkatkan pH dan Kapasiti Pertukaran Kation (KPK) tanah
5. Meningkatkan kandungan jirim organik dan humus tanah;
6. Meningkatkan struktur tanah simpanan dan kandungan air di dalam tanah dan daya tahan kemarau;
7. Meningkatkan kandungan udara/oksigen dan proses-proses aerobik
8. Menggalak pertumbuhan akar dan rerambut;
9. Meningkatkan tahap ketersediaan kesemua makro dan mikronutrien di dalam tanah untuk tanaman (“Liebig’s Law of the Minimum”);
10. Meningkatkan kandungan kesemua makro dan mikronutrien yang seimbang di dalam daun dan dengan itu meningkatkan kadar proses fotosintesis yang mempengaruhi semua proses-proses vegetatif dan produktif (hasil);
11. Menghasilkan berbagai enzim dan fitohormon, seperti auxins dan gibberellins;
12. Merawat kelemahan serta meningkat dan mengekalkan kesihatan
tanah melalui antibiotik yang dikeluarkan oleh mikroorganisma (terutama actinomycetes): memberi tekanan (“stress”) kepada patogen;
13. Meningkatkan daya tahan tanaman daripada serangan penyakit atau perosak dan patogen;
14. Merencatkan dan mengawal pertumbuhan bakteria patogen, seperti kulat Ganoderma dll., yang boleh menjejaskan hasil;


15. Menyahkan sisa-sisa racun perosak/rumpai serta metabolit bakteria anaerobik;
16. Meningkatkan kecekapan/efikasi penyerapan bahan organik dan keberkesanan baja tak organik;
17. Mengurangkan keperluan penggunaan baja kimia secara berlebihan yang merosakkan tanah dan meningkatkan kos pengeluaran;
18. Mengurangkan keperluan baja kimia untuk bekalan N, P, K dan mikronutrien sebanyak 50% hingga 100% - kos pembajaan boleh dikurangkan sehingga 50%;
19. Memperbaiki fizik, kimia dan biologi tanah secara mapan, dll.

Jelaslah peranan dan sumbangan mikroorganisma bersama-sama dengan hidupan lain di dalam Jaringan Makanan Tanah teramat besar dan kompleks dan tidak mungkin boleh diganti dengan manusia dan teknologi kimia. Sistem pembajaan AGRO2KAY ini mampu mengatasi hampir kesemua masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pertanian dewasa ini ekoran daripada penggunaan baja kimia berlebihan dan berterusan yang, secara perlahan tetapi dengan pasti, menyusutkan kandungan humus serta merosakkan tanah dan alam sekitar. Kelemahan baja kimia di dalam pertanian konvensional boleh dirumuskan seperti di bawah:

1. Penggunaan atau input baja kimia berdasarkan secara kasarnya kepada output jumlah nutrien yang dikeluarkan - tanah dianggap hanya sebagai Kotak Hitam dan apa yang berlaku di dalamnya “diabaikan”;
2. Tidak membantu membentuk jirim organik dan humus yang amat penting untuk kesuburan tanah. Penggunaan baja kimia berlebihan dan berterusan akan menyebabkan kandungan humus serta Kapasiti Pertukaran Kation (KPK atau CEC) menyusut dengan pantas sehingga ketersediaan nutrien kepada tanaman terjejas;
3. Mampu membekalkan hanya 3 hingga 5 nutrien sahaja sedangkan tanaman perlu lebih daripada itu. Kuantiti yang digunakan baja kimia berlebihan tidak mencermin keperluan tanaman sebenarnya;
4. Meningkatkan keasidan tanah yang mengurangkan ketersediaan nutrien kepada tanaman serta mengganggu kimia, fizik, biologi dan persekitaran tanah dan aktiviti / pembiakan mikroorganisma;
5. Merosakkan struktur tanah sehingga mengurangkan daya tahan menyimpan air dan kemarau serta hakisan tanah atas yang serius;


6. Melemahkan keupayaan mikroorganisma untuk menghasilkan berbagai antibiotik yang diperlukan untuk mengawal kesihatan tanah dan tanaman sehingga menyebabkan terbentuknya strain patogen dan berbagai penyakit tanaman. Perlu diingatkan bahawa penyakit tanaman hanyalah simptom sahaja sedangkan penyebabnya adalah tanah yang berpenyakit yang berpunca daripada mikroorganisma patogen yang tidak terkawal di dalamnya;
7. Mengganggu hidupan serta fungsi tanah secara menyeluruh;
8. Baja kimia sebagai “artificial fertiliser” tentu sekali akan membekal “artificial nutrition” yang pasti akan menjejas kimia, fizik, biologi dan ekosistem tanah yang amat kompleks;
9. Mengurangkan kualiti nutrien makanan yang bakal boleh mengancam ekonomi negara dan kesihatan manusia;
10. Menjadi punca pencemaran muka air tanah dengan nitrat melalui larutlesap baja-baja nitrat, urea dan lain-lain;
11. Meningkatkan emisi Gas Rumah Hijau atau Greenhouse Gas (GHG)
yang memburukkan lagi keadaan pemanasan global, dll.

Kerosakan kepada tanah oleh baja kimia ini bukan sahaja menjejaskan tanaman malah juga alam sekitar melalui Gas Rumah Hijau atau Greenhouse Gas (GHG) yang menyebabkan pemanasan global. Sebenarnya semua yang terlibat di dalam sektor pertanian khususnya dan sektor-sektor lain amnya, seharusnya kini sudah merasa cemas dan terancam dengan keadaan alam sekitar sekarang ini dan bertindak dengan lebih pantas dan berani merubah beberapa pemahaman dan amalan konvensional dengan penggunaan baja kimia secara berlebihan yang sedang membawa dunia kepada tahap yang membahayakan semua.

AGRO2KAY sebagai bioorganik, yang terbukti mesra alam sekitar serta keberkesananya, telah dimanfaatkan oleh ratusan petani dan pekebun kecil sawit, getah, padi, buah-buahan, dll., di seluruh negara dengan pencapaian hasil tertinggi dan kos yang rendah semenjak hampir 10 tahun.

Keunggulan AGRO2KAY menyuburkan tanah dan membekal nutrien secara semula jadi dan seimbang dengan sepenuhnya kepada tanaman telah terbukti melalui beberapa kajian ladang.

AGRO2KAY mampu mencetus ANJAKAN PARADIGMA.


Read more...

Kelebihan AGRO2KAY

AGRO2KAY sejenis BAJA ORGANIK yang Mempuyai fungsi BIO AKTIF dimana terdapat fungsi bakteria yang aktif sesuai untuk sistem pemakanan tanaman yang lengkap dan seimbang sesuai untuk tanaman SAWIT, GETAH, PADI, BUAH-BUAHAN dan lain-lain. Mesra alam dan dengan mudah dapat benar-benar menyuburkan tanah dan tanaman secara semulajadi. mengandungi berbagai jenis “effective microorganism” (EM) (terbentuk melalui penapaian bahan-bahan terpilih), terutama

– Bakteria fotosintetik bertanggungjawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh tumbuhan.

– Actinomycetes wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan bahan antikuman.

– Yis/Ragi membentuk antibiotik, hormon dan enzim untuk tanaman.
– Bakteria asid laktik berfungsi untuk mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik serta menekan pertumbuhan patogen dan mengurangkan populasinya.

– Kulat penapaian mengurai bahan-bahan organik.
menggalak pengaruh baik setiap mikroorganisma sehingga berlipat ganda secara sinergik.menggalak pembiakan makhluk berfaedah setempat yang tersedia ada di dalam tanah, seperti arthropod, protozoa, dll.mengandungi zat-zat nutrient makro dan mikro yang di tambah oleh makhluk-makhluk, seperti arthropod, protozoa, dll. selagi dibekalkan bacteria untuk makanan. mengandungi EM yang membantu meningkat komposisi humus.

Faedah

Kelebuihan1.Menyuburkan tanah secara semulajadi melalui peranan seimbang dan berbagai mikroorganisma yang berfaedah dan membentuk komuniti microflora yang cergas dan sihat
Membekal SEMUA nutrien makro dan mikro, dll. dan bahan-bahan bioaktif (hormon dan antibiotik) kepada tanaman secara semulajadi dan berterusan – tanaman cergas dan berimiun yang tinggi dan mencegah penyakit.

Mengurangkan keperluan penggunaan baja kimia dan racun serangga yang merosakkan ecosistem tanah dan boleh menyebabkan penurunan kualiti alam sekitar dan kesihatan manusia dan haiwan .

BORANG PESANAN

BORANG PESANAN

Name Penuh *

First

Last
Sila Isikan Nama Penuh Butiran yang Tidak Lengkap tidak di layan.Semua Maklumat adalah dirahsiakan
ALAMAT RUMAH *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Alamat Rumah atau Pejabat atau surat menyurat yang hendak di hantar
ALAMAT LADANG/KEBUN *

Street Address

Address Line 2

City

State / Province / Region

Postal / Zip Code

Country
Alamat Kebun atau Ladang yang sedang di ushakan.Sekiranya sama alamat di atas sila masukan sekali lagi.
Email
Sila nyatakan e-mail sekiranya ada sekiranya tiada boleh isikan no Telepon
Phone Number *

###
-
###
-
####
Masukan No Telepon untuk di hubungi
Membuat Pesanan *
 Ingin Mencuba Agro2kay 
 Ingin Membeli Agro2kay 
 Ingin mendapat Maklumat Lanjut Agro2kay 
Harga setiap Liter Agro2kay ialah Rm30.00.Harga melebihi 10 Liter akan di tawarkan Discount.Sila nyatakan kuantiti pesanan
 Satu Liter Harga Rm 30.00 Tidak Termasuk Kos Penghantaran 
 Empat Liter (Four Liter) RM 120.00 Termasuk Kos Penghantaran 
 Sepuluh Liter (Ten Liter) RM 260.00 Termasuk Kos Penghantaran 
Sila tandakan kuantiti pesanan
Pesan atau kommen /Pertanyaan dari Penguna
Sila Hubungi melalui HP atau SMS Pengedar/Agent : 0196531258 Setelah mengisi borang ini.Atau email : agro2kays@gmail.com
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms Builder
Report Abuse

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP